Saturday, September 15, 2012

Promosi Bulan September

Bulan ni kami nak buat promosi pada sesiapa yang bercadang nak reka/hias pelamin sendiri..tapi tak cukup equipment. So kite org offer bench / sepasang lampu chandelier HANYA DENGAN HARGA SEWAAN RM101 (Deposit 1+1) akan dikenakan dan korang dikehendaki ambil dan hantar balik item ni :) Call us for more T&C.


Promosi ni Tidak TERHAD kepada dua item ni sahaja. Korang bole sewa apa sahaja yg korang nak dari hiasan/peralatan pelamin/buaian yang kami ada setakat ini.



Friday, September 7, 2012

Pelamin Budget Untuk Nikah / Kahwin

Zaman skang ni, ada orang yang nak simple2 je kan...orang kata 'untuk tangkap-tangkap gambar kenangan ngan keluarga je'..ada orang nak simple n MURAH.. Selalunya majlis perkahwinan sebelah lelaki la yang nak sesempoi boleh..sebabnya depa ni malu nak sanding GRAND-GRAND haha :) Atas keperihatinan kiteorang, jadi kami pun ada juga la Pelamin Mini untuk Majlis Perkahwinan. Korang cuma pilih je tema yang sedia ada dari pelamin bertunang kiteorang, pastu nanti kami akan tambah la bench & candelier (standlamp) untuk bagi kelainan dari pelamin bertunang.




Terhad kepada tema sedia ada dan tidak termasuk kos pengangkutan mengikut lokasi. Last booking untuk harga ini adalah SEHINGGA 31 OKTOBER 2012.

Bakul / Pahar / Dulang / Hiasan Hantaran

Korang buat apa nak susah2 beli bakul ke/tapak ke untuk hantaran korang. Gunanya adalah sekejap je, pastu buat tukun / habuk je kat rumah hahaha..

Apa kate korang sewa je bakul hantaran dari kami. Promosi ni datang skali dengan Set Pelamin. Kalau nak sewa bakul je pun boleh. Harga sebakul dari RM 8 ++. Bakul tu korang nak buat macam mana pun boleh. Nak tambah bunga, lace, reben, manik2, tukar warna, buat la apapun. Tapi lepas dah sewa tu kira hiasan yang korang buat ke atas bakul tu jadi milik kiteorang la ye.















Our Collection

Alhamdulillah..setelah hampir 8 bulan Pelamin U Need ditubuhkan, kami telah sedaya upaya memenuhi citarasa pelanggan mengikut tema yang mereka idamkan. Jadi sebagai asas pilihan anda, koleksi/tema pelamin kami pun dah bertambah :)

Untuk makluman kepada semua, lokasi bizz kami dah berubah sket sbb ada di antara partner kami yang berpindah. Jadinya sekarang kami dah tak cover area Penang & Alor Star.

Berita baiknya kami sekarang berada di Lembah Klang. So target market kami adalah Selangor, KL, Putrajaya. Luar sket kalau ada permintaan mcm di Nilai & Dengkil pun kami boleh buat. Selangor tu besarkan? So, kami cover sampai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sekincan, Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, pada yang duduk di luar kawasan target market kami boleh je nak sewa set pelamin / apa sahaja accessories pelamin kami untuk dibuat sendiri (Do it Yourself, DIY). Macam saya pun pakai kereta MYVI je utk bizz ni, jadi kereta anda mesti lagi besar kan? hehe.. Untuk DIY kami boleh bagi harga murah tau.





Pink Sahara

Untuk baby-baby yang kiut miut ;)



Actually, sampel buaian kami xbanyak sebab basicnya sama je macam pelamin untuk bertunang. TAMBAHANNYA HANYA KEPADA BUAIAN + ACCESSORIES PADA BUAIAN (e.g: bunga, bear, mainan/lampu gantung2)

Dejavu

Kami memang suke ambil tajuk-tajuk drama utk setiap tema kami.. Jangan mara :p





oopppss..abaikan kain yg berkedut seribu tu ye. Ini sbb customer xsabar nak tgk tema pilihan dia. In actual, kami akan gosok tau backdrop tu :)

Ombak Rindu

Tema Biru yang sedang dalam pengubahsuaian. Lampu, bantal & beberapa accessories lain belum diletak.



Sesuai untuk dijadikan hiasan untuk buaian berendoi. Cuma tambah buaian je lagi hehe :)


Mahligai Kasih

Pada yang suka tema purple :)





Thursday, September 6, 2012

Bicara Hati V 1.0

Yg ni sama macam tema Bicara Hati..cuma customer nak backdrop beige color sahaja


Lampu LED..xcair makeup uuu :)